Terima kasih sebab bertandang ke blog ini iaitu blog Tempat Menarik Di Sabah.
Blog ini kami buka untuk membantu memberi informasi terkini buat pembaca yang mencari-cari idea mengenai percutian ke sabah, melancong ke Sabah, tempat menarik di Sabah (khususnya Kota Kinabalu) serta aktiviti menarik untuk dilakukan kala bercuti di Sabah.
Blog pelancongan ke Sabah dalam Bahasa Inggeris dah berlambak! Pastu cuma sedikit saja blog mengenai percutian ke Sabah yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Bagi kami tu masalah besar sebenarnya sedangkan bilangan orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu juga ramai - lebih 3 juta!
So, penulis blog ini ambil insitiatif untuk menulis blog dalam Bahasa Melayu bagi membantu pembaca mendapat idea dalam proses merangka percutian ke Sabah, ke Kota Kinabalu atau ke daerah lain seperti Semporna yang terdapat pulau Sipadan di sana.
Kami perlukan komen anda untuk kami perbaiki lagi persembahan blog ini dari segi kualiti kandungan, loading speed dan pengalaman pembacaan di smartphone anda.