Tiada tajuk

Percutian-Ke-Sabah-1-640x640

Percutian Ke Sabah - Pulau Sapi | Pulau Sapi adalah sebuah pulau dari 5 buah pulau yang ada di sekitar bandaraya Kota Kinabalu atau dipanggil KK (bukan Kementerian Kesihatan okeh) dalam bahasa perbualan seharian.

Pulau Sapi sangat istimewa kerana merupakan pulau yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong luar berbanding pulau-pulau lain dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman (atau dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman Marine Park atau TARP di peringkat global) seperti Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug.

Pulau Sapi terkenal dikalangan pelancong Korea dan pelancong dari negara Cina. Ini kerana pulau Sapi terkenal dengan air lautnya yang berwarna hijau kebiruan-biruan atau biru kehijau-hijauan. Warna tersebut dikenali sebagai warna turqoise di kalangan pelancong.

Apabila sampai sahaja di jeti pulau Sapi anda akan nampak kejernihan air lautnya sampai boleh nampak dasar dalam jarak 10 meter dari pantai.

Apa Yang Ada Di Pulau Sapi


Air laut di sekitar kawasan pulau Sapi dan Pulau Gaya amat tenang kerana tidak berombak besar. Tenang sahaja sepanjang tahun. Air laut di sekitar pulau Sapi tidak berombak tinggi walaupun cuaca berada dalam musim hujan seperti di bulan November hingga Januari di tahun berikutnya.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x479

Air laut dikawasan Pulau Sapi tidak dipengaruhi oleh musim tengkujuh seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Oleh kerana itu, Pulau Sapi dikunjungi ramai walaupun pada musim hujan kerana air lautnya yang sentiasa tenang tanpa kehadiran ombak-ombak besar.

Oleh kerana ketiadaan ombak besar itu jugalah aktiviti surfing atau bermain papar luncur seperti di pantai Hawaii atau pantai Miami tidak ada dijalankan di Pulau Sapi. Kebanyakan pelancong asing yang datang ke pulau Sapi melakukan aktiviti bermain papan luncur di atas ombak besar akan hampa kerana tidak ada satupun ombak besar yang ada di sana! Tapi jangan hampa kerana ada pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan.

7 Aktiviti Popular Semasa Melancong Di Pulau Sapi Kota Kinabalu Sabah


Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama si dia yang tersayang atau bersama keluarga ketika melancong ke Sabah.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Percutian-Ke-Sabah-1-640x359

1. Snorkeling atau bermain air laut. Ini aktiviti paling banyak dilakukan oleh pengunjung-pengunjung dan pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Sapi pada setiap hari. Kebanyakan pengunjung meluangkan masa melakukan aktiviti snorkeling sekitar jam 8:30 pagi saat baru sahaja sampai di Pulau Sapi sehinggalah ke jam 2 petang atau 3 petang. Apabila jam sudah mencecah ke angka 10 pagi anda boleh nampak betapa ramainya pengunjung melakukan aktiviti snorkeling di pulau Sapi terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad juga pada musim cuti sekolah. Kebanyakan pengunjung atau pelancong dari negara Cina datang ke pulau Sapi sekitar bulan Mei hingga Oktober manakala pelancong dari negara Korea pula kebanyakannya ramai yang datang pada bulan Oktober sehingga bulan Januari di tahun berikutnya. Ini kerana pada ketika itu negara Korea sedang mengalami musim luruh seterusnya disambung dengan musim sejuk. Kebanyakan mereka memilih untuk melancong ke negara beriklim tropika seperti ke negara kita Malaysia. Kota Kinabalu menjadi desitinasi utama kerana Air Asia dan Malaysia Airline terus menerus mempromosikan Kota Kinabalu, pulau Sapi, pulau Manukan serta pulau Mamutik sebagai destinasi menarik untuk melancong ketika musim sejuk di hujung tahun. Kebanyakan syarikat-syarikat pelancongan menyediakan pakej snorkeling pada harga berpatutan bergantung kepada bilangan pengunjung. Dari pengalaman kami makin ramai yang pergi so makin murahlah harga pakej snorkeling tu. Kali terakhir kami pergi, kami memilih pakej dari syarikat Island Express kerana harganya yang amat murah berbanding syarikat pelancongan lain seperti Beach Bum.

2. Berkelah bersama keluarga atau berkelah secara berdua sahaja bersama si dia. Kebanyakan pengunjung dari Kota Kinabalu yang merangka percutian ke pulau Sapi memilih untuk berkelah bersama keluarga. Ada juga yang datang ke pulau Sapi bersama kawan-kawan semata-mata untuk menghabiskan masa bersantai di pantai Pulau Sapi sambil melihat gelagat pengunjung-pengunjung lain. Kalau orang lelaki, senanglah nak cuci mata sebab awek mat saleh paling suka berjemur pakai bikini di pantai Pulau Sapi. Kalau orang perempuan pula pasti tak lekang mata tengok jejaka Korea atau jejaka mat saleh yang sado dan kacak sedang bersantai baring-baring di tepi pantai - haha! Apa-apapun, memang sudah lumrah kalau ke pantai di kawasan terbuka seperti di Pulau Sapi ni. Memang macam tu lah kan. Dah budaya diorang macam tu kat oversea sana.

3. Tidur!. Ya. Anda mungkin tidak percaya datang melancong ke Pulau Sapi semata-mata untuk tidur iaitu tidur di pantai atau di atas buaian pada waktu tengahari. Ada orang suka tidur sambil bersantai di tepi pantai dibawah lindungan pokok-pokok rimbun sambil menikmati tiupan angin lembut sepoi-sepoi bahasa untuk menikmati ketenagan. Bagi yang single atau forever alone, ngamlah menikmati percutian ke Pulau Sapi untuk menenangkan fikiran. Bawalah buku atau novel untuk dibaca ketika bersantai di pantai Pulau Sapi nanti.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x426

4. Hiking atau mendaki bukit. View dari bukit Pulau Sapi memang awesome. Anda kena tengok sendiri dan rasai sendiri pengalaman hiking ke puncak bukit Pulau Sapi. Setiap pulau-pulau di Kota Kinabalu ni mempunyai bukit masing-masing kecuali Pulau Sulug. Kami pernah beberapa kali hiking bersama kawan-kawan ke puncak bukit Pulai Sapi dan view kat sana memang cantik - tapi taklah secantik view dari puncak bukit Bohey Dulang kat Semporna tu! Berbaloi berpenat-penat mendaki ke puncak bukit Pulau Sapi sebab pemandangan kat atas sana memang betul-betul cantik. Korang boleh nampak Pulau Gaya yang kedudukannnya hanya di sebelah Pulau Sapi, boleh nampak Borneo Reef World dan boleh nampak orang tengah buat scuba diving kat dasar laut.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x640

5. Coral Flyer Zipline. Inilah yang dikatakan sebagai flying fox dari pulau ke pulau. Ya! Anda akan melakukan flying fox dari bukit di Pulau Gaya sehinggalah di stopping point di Pulau Sapi. Departure dari Pulau Gaya pastu arrival kat Pulau Sapi - tak ke awesome tu! Bawa kamera GoPro sekali atau kamera lain serupa macam GoPro misalnya macam SJ Cam untuk rakam aktivit anda sedang melakukan flying fox dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi nun di hujung sana. Aktiviti ni memang selamat dan sebelum terbang melintasi lautan di Pulau Sapi, anda akan dilekngkapkan dengan safety belt dan safety helmet oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman pula. Dah bertahun-tahun diorang buat kerja tu sebab tu lah staf-staf kat sana memang mahir melayan karenah pengunjung yang nak merasai pengalaman melakukan flying fox di Coral Flyer Zipline. Time tengah flying fox tu kalau tengok ke bawah memang seram. Memang thrill. Tapi seronok! Tips - merakam aktiviti anda sendiri menggunakan kamera sendiri jauh lebih murah dan lebih mudah walau syarikat yang mengendalikan Coral Flyer Zipline tu ada menawarkan khidmat rakaman ketika sedang melakukan aktiviti flying fox. Lagi satu. Bagi wanita yang bertudung, pastikan pakai tudung yang tidak mudah tanggal dari kepala sebab anda akan meluncur dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi pada kelajuan antara 60 kilometer sejam sehingga 70 kilometer sejam. Dah banyak kali terjadi mereka yang berbadan kurus (dibawah 50kg) selalu sangkut kat tengah-tengah sebab berat badan mereka kurang tidak menambah momentum kelajuan - kadangkala angin yang bertiup juga menyebabkan badan mereka jadi perlahan lalu tersangkut di tengah! (adeh - itulah bahana orang badan kurus ni). Tapi jangan risau sebab staff Coral Flyer Zipline boleh tarik sesiapa yang ter'stop' kat tengah-tengah tu. Diorang akan tarik sampai ke stopping point. Tak lah tergantung terkapai-kapai sendirian.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x428

6. Scuba diving atau penyelaman skuba. Ini akviti paling faymes yang dilakukan di Pulau Sapi. Kebanyakan syarikat pelancongan bertarf 5 bintang mengikut pengiktirafan PADI di Kota Kinabalu seperti Scuba Junkie, Diverse Borneo, Borneo Dream membawa pelancong-pelancong asing dari kalangan mat saleh dan minah saleh ke Pulau Sapi untik menikmati pemandangan dasar laut yang cantik. Lagi satu, mereka juga melakukan aktiviti latihan scuba diving di Pulau Sapi khusus bagi pelancong-pelancong yang mahu mengambil lesen skuba. Biasanya, orang yang baru belajar scuba diving untuk mengambil lesen skuba menyertai kelas Open Water Course yang diiktiraf oleh PADI atau SSI. Kebanyakan syarikat pelancongan di Kota Kinabalu menawarkan pakej latihan penyelaman skuba pada tahap asas mengikut piawaian PADI sebab apabila lulus nanti lesen penyelaman skuba yang dikeluarkan oleh PADI akan diterima oleh mana-mana pusat penyelaman skuba di seluruh dunia. Kebanyakan penyelam yang berpengalaman memilih untuk menyelam secara terus melompat dari bot ke dalam laut. Penyelaman yang baru mahu belajar bagaimana untuk melakukan scuba diving pula kebanyakannya bermula di pantai kemudian masuk ke dasar laut pada kedalam maksima 12 meter. Pulau Sapi terkenal dengan pantainya yang landai dan berpasir pada kedalaman 2 meter sehinnga 5 meter maka sebab itulah ramai orang belajar scuba diving di sini berbanding di pulau-pulau lain seperti Manukan atau Mamutik.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x360

7. Parasailing. Ini boleh anda lakukan secara bersendirian atau berdua. Tapi, kami nasihatkan agar dilakukan oleh mereka yang tidak ada penyakit darah tinggi, lemah jantung, lemah semangat atau takut tempat tinggi keraana dalam paragliding anda akan berada lebih kurang 15 meter dari paras air laut. Aktiviti parasailing bermaksud anda akan menaiki payung terjung berwarna warni dan untuk payung itu naik ke udara ia akan ditarik oleh sebuah bot laju yang bergerak pada kelajuan 60 sehingga 80 kilometer sejam. Anda diberi pilihan berapa lama anda nak melakukan para gliding sama ada selama 15 minit, 30 minit atau selama 45 minit. Semuanya terdapat pada harga-harga berbeza. Jaket keselamatan, helmet dan safety lain disediakan oleh syarikat yang menawarkan pakej ini.

Percutian-Ke-Sabah-1-640x485

8. Fotografi. Pulau Sapi terkenal dengan landskap semulajadi yang menarik terutama di dasar laut juga dari atas bukit. Untuk mengangkap gambar di dasar laut sudah tentu anda perlu mahir melakukan aktiviti penyelaman skuba terlebih dahulu dan mahir mengambil gambar di dasar laut pada kedalaman 10 meter sehingga 18 meter. Dalam tu! Anda juga perlu mahir dengan perlatan-peralatan fotografi untuk laut dalam. Kos untuk memiliki semua itu amatlah mahal. Ambik lesen skuba pun dah sama kosnya macam ambil lesen kereta! kalau poket tak tebal memang tak sesuai melakukan underwater photography macam yang pro buat. Tapi bagi yang ada DSLR atau smartphone dengan kamera canggih seperti Vivo, Oppo, iPhone atau Sony Xperia, bolehlah tangkap gambar persekitaran air laut di pulau Sapi yang tenang serta berwarna hijau kebiru-biruan. Hanya kat Pulau Sapi saja ada air macam tu sebab kat pulau lain seperti Sulug, Mamutik dan Manukan warna air kat sana tak sama dengan warna air di pulau Sapi. Ini kerana pulau Sapi kaya dengan terumbu karang semulajadi.

9. Bermalam di pantai. Ya! Anda boleh bermalam di pantai Pulau Sapi tapi dengan kebenaran khusus. Pihak Taman-taman Sabah atau Sabah Parks ada mengeluarkan permit khusus untuk pelancong yang mahu bermalam di pulau Sapi. Jika anda mahu bermalam di sini pastikan bawa makanan sendiri seperti mi segera, paket kopi 3 dalam 1 juga selimut. Lagi satu pihak Sabah Park tak benarkan menyalakan api secara terbuka semata-mata untuk memasak. Jika mahu memasak perlu minta kebenaran terlebih dahulu kerana pihak pengurusan pulau Sapi ada menyediakan tempat khusus untuk menyalakan api bagi tujuan memasak makanan. Ini kerana kalau memasak sesuka hati secara terbuka takut api akan terkena pada daun-daun kering yang banyak bertaburan di kawasan pantai seterusnya api itu akan merebak ke kawasan pantai seterusnya ke kawasan lain. Angin di pulau Sapi agak kuat pada waktu malam dan pihak pengurusan pulau khuatir api merebak dengan cepat. Jadi jika anda mahu bermalam di Pulau Sapi secara bersendirian atau bersama kawan, pastikan bawa khemah sendiri, makanan sendiri, lampu picit, ubat nyamuk, belerang dan pakaian yang cukup untuk bermalam. Kala malam cuaca di Pulau Sapi agak sejuk kerana tiupan angin yang kuat di sebelah malam. Pemandangan bintang di waktu malam amat cantik. Pada waktu malam anda hanya dibenarkan bergerak di sekitar kawasan perkhemahan sahaja.

Kemudahan-kemudahan Awam Yang Terdapat Di Pulau Sapi

  • Shower room - Khusus untuk pengunjung untuk membilas badan sebaik sahaja selesai mandi laut, snorkeling, scuba diving atau menaiki bot pisang (banana boat).
  • Surau - Pihak Taman-taman Sabah memang ada menyediakan surau untuk kemudahan pengunjung. Surau di pulau Sapi lengkap dengan tempat mengambil air wuduk serta 'aurat friendly' iaitu reka bentuknya dibina untuk melindungi aurat kaum Hawa dari pandangan umum secara terbuka.
  • Kafe - Ya! Kat pulau Sapi pun ada kafe tapi kena sedia maklum harga makanan kat kafe di pulau Sapi ni dua kali ganda harganya dari harga makanan di bandar walaupun anda memesan makanan yang smaa yang anda biasa makan di bandar. Misalnya, harga nasi goreng ayam sepinggan di pusat bandar Kota Kinabalu adalah RM6 sepiring tapi kalau kat kafe di pulau Sapi ni harganya mencecah RM9 ke RM12 sepiring. Kalau nak jimat semasa menikmati percutian di pulau Sapi, bawa bekal yang anda buat sendiri atau yang anda beli semasa di Jesselton Point.
  • Tempat menukar pakaian beserta tandas - Ini juga ada di sediakan tapi jika anda berkunjung ke Pulau Sapi semasa hari Sabtu dan hari Ahad, tempat menukar pakaian memang akan jadi sesak.

Perancangan Rapi


Akhir kata jika anda mahu merancang percutian ke Sabah terutama ke pulau Sapi sama ada secara solo, berdua atau bersama keluarga, kami sarankan ambil pakej penginapan yang dekat dengan tempat berlepas ke pulau Sapi iaitu di Jesselton Point. Hotel yang paling hampir dengan Jesselton Point adalah Grandis Hotel. Buat masa ini kebanyakan pelancong yang ramai menginap di sini adalah pelancong-pelancong dari negara China dan Korea. Kami berharap agar anda dapat menikmatri percutian memuaskan selama berada di Sabah nanti.
Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama