Tiada tajuk

Percutian-Ke-Sabah-Tenom-1-0-1-640x640

Abang kita bergambar di tugu ikonik daerah Tenom yang terletak berhampiran Kampung Paal. Daerah Tenom terletak di bahagian selatan Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang dalam 3 ke 5 jam perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca.

Apa yang istimewa di Tenom? 

Suasana hutan menghijau, air sungai yang sejuk dan pemandangan alam semulajadi nan hening berbukit-bukau yang menyejukkan mata sesuai dengan suasana kampung.

Penduduk di sini kebanyakannya masih bertani, berladang dan berkebun. Mereka menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Majoriti daripada penduduk Tenom beragama Kristian (Murut, Kadazan, Dusun), Buddha (kaum Cina) namun ada juga yang beragama Islam. 

Kebanyakan penduduk dari Semenanjung Malaysia yang menetap di Tenom yang datang ke sini bekerja dalam sektor kerajaan seperti pendidikan, anggota keselamatan (polis, tentera) dan kesihatan (hospital, klinik ibu dan anak).

Sungai Padas yang terkenal dengan aktiviti white water rafting (gred 3 dan gred 4) juga terletak di Tenom. 

Kalau dah pass white water rafting gred 1 dan gred 2 di sungai Kiulu bolehlah cuba aktiviti yang lebih thrill di sungai Padas pula. 

Gambar oleh caap_takashige.

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama