Tiada tajuk

Percutian-Ke-Sabah-0-1-7-640x641

Kalau nak merasa percutian di Sabah lain dari yang lain, pergilah ke Marakau Cabin Lodge terletak di Kampung Marakau yang berdekatan dengan Tagal Luanti atau 'fish massage' yang terkenal di kalangan pelancong asing.

Uniknya Marakau Cabin Lodge memaparkan binaan cabin kecil juga cabin sederhana yang berbentuk menarik seperti yang dilihat di dalam gambar. 

Konsepnya adalah cabin iaitu penginapan kecil untuk dua orang atau empat orang. Setiap cabin mempunyai penghawa dingin sendiri. Kalau pergi ke tempat ni semasa hujung tahun memang sejuk sebab musim hujan yang kerap berlaku di hujung tahun sehingga ke awal tahun berikutnya.




Percutian-Ke-Sabah-Marakau-Cabin-Lodge-0-1-8-640x480

Percutian Di Marakau Cabin Lodge


Percutian-Ke-Sabah-0-1-9-640x640

Kat sini ada disediakan tempat untuk BBQ. Parking pun luas dan boleh muat dalam belasan buah kereta. Terdapat kedai-kedai runcit dan kafe kecil di kawasan berhampiran lebih kurang dalam 80 ke 100 meter dari lokasi Marakau Cabin Lodge.  Kawasan sekitarnya adalah kawasan kampung dihuni oleh masyarakat Dusun beragama Islam dan ada juga di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Dari Marakau Cabin Lodge ni boleh nampak jelas pemandangan Gunung Kinabalu. Info lanjut boleh buka Facebook Page Marakau Cabin Lodge. Klik atau sentuh gambar untuk besarkan.

Foto oleh lynxxy33 dan kymberly.mbr

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama