Tiada tajuk

I Love KK - foto:@siringkaki5



Jesselton Point - foto: @chiri_photos

Beberapa hari lalu saya juga ada ke Jesselton Point. Ni adalah kawasan jeti utama di pusat bandar Kota Kinabalu khusus untuk pelancong. Dari apa yang saya lihat kaunter tiket ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu seperti ke pulau Sapi, pulau Manukan, pulau Mamutik dah pun di buka untuk pengunjung.


Jesselton Point. foto: @mrswarqy84



suasana di basement floor Imago - lengang! foto: @sfazly


Macam di Imago juga. Apabila nak masuk ke Center Point Sabah ni kenalah check suhu badan terlebih dahulu. Setiap kedai dalam bangunan shopping mall tu kena tulis nama dan check suhu badan.

Selepas Center Point, saya jalan-jalan pula ke KK Plaza, Karamunsing Complex, 1Borneo Hypermall dan Suria Sabah shopping mall. Masa tu pengunjung tak ramai sebab saya masuk pada hari bekerja.

Laluan masuk ke Center Point Sabah. foto:@siringkaki5


Dari pemerhatian umum saya boleh katakan bahawa suasana di shopping mall sekitar Kota Kinabalu dah kembali normal. Setiap pengunjung wajib pakai face mask apabila berada di dalam shopping mall. Ada anggota keselamatan membuat rondaan kerap di setiap tingkat dalam shopping mall bagi memastikan pengunjung patuh pada arahan memakai penutup muka.

Food court di kesemua shopping mall di sekitar Kota Kinabalu pun dah di buka sepenuhnya. Cuma kalau untuk 1 meja tu tak boleh duduk 4 orang. Hanya 2 orang dibenarkan untuk 1 meja. Kalau untuk meja bulat pula, kena duduk berjarak. Tak boleh duduk rapat.

Disebabkan hal tu ada beberapa pengunjung food court terpaksa berdiri menunggu orang lain habis makan baru boleh duduk. Terpaksalah tunggu ada meja kosong baru boleh duduk dan pesan makanan. Itulah yang terjadi sekarang ni.

Kami akan bercakap lagi di artikel lain ya.. Jumpa di sana.

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama