kredit: travis_chong |
Cantik kan? Ni lah pulau Mamutik. Salah satu dari 5 pulau yang ada di Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP) di Kota Kinabalu, Sabah. Hanya 15 minit naik bot dari Jesselton Point.
Pulau Mamutik terkenal sebagai destinasi untuk family activities, untuk buat aktiviti snorkeling, scuba diving juga sukan air seperti paragliding juga jet ski.
kredit: drsyncro |
Kalau tengok pada gambar kedua ni, pulau kat bawah tu adalah pulau Mamutik manakala pulau yang lagi satu tu (yang berbentuk memanjan) adalah pulau Manukan, iaitu pulau yang popular sebagai destinasi untuk berkelah, mandi laut, snorkeling juga aktiviti-aktiviti lain semasa bercuti.