Akak kita duduk-duduk sendirian menikmati angin petang di jeti Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Pulau Mabul kerana air lautnya yang jernih, bersih suasana persekitaran yang memukau mata.
Penduduk kat sini rata-ratanya bercakap dalam dialek bahasa Bajau Semporna. Kebanyakan dari mereka memang amat friendly sebab dah biasa menerima kunjungan pelancong sejak tahun 80-an lagi.
Pulau Mabul selamat untuk dikunjungi kerana pulau ini dikawal ketat oleh anggota keselamatan yang berkawal di sekitar pulau. Memang best duduk-duduk kat sini. Angin sepoi-sepoi bahasa. Suasananya pula tenang-tenang sahaja.
Foto oleh @pathennnnnn