Bangunan ini bukan hotel. Sebaliknya, ia adalah bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sabah. Kat sinilah terdapat berbagai jabatan-jabatan yang bernaung di bawah kerajaan negeri Sabah dari aspek kewangan, keselamatan sehinggalah ke pentadbiran daerah-daerah di negeri Sabah keseluruhannya.
Apa yang special pasal bangunan ni? Ha.. Bangunan ala-ala hotel lima bintang ini terletak di tepi laut mengadap Taman Negara Tunku Abdul Rahman iaitu nama rasmi bagi taman laut Kota Kinabalu. Syok orang yang kerja kat sini.
Time-time busy buat kerja boleh tenangkan fikiran tengok laut dari kejauhan. Sutera Harbour Resort dan pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu boleh nampak jelas dari sini.
Foto oleh @kee_obsessedred