| | |
foto oleh @kundasangtrip_bajet_tour_sabah |
Kalau korang nak makan seafood yang murah, banyak, pelbagai pilihan dan terhindang dalam pelbagai jenis menu masakan (sama ada masakan stail Sabahan atau masakan stail Semenanjung Malaysia yang dihidang pedas!) pergilah ke Pasar Filifin Sinsuran atau lebih dikenali sebagai Pasar Malam Sinsuran yang terletak bersebelahan
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu berhampiran Le Meridian Hotel
Kota Kinabalu.
Seller yang menjual hidangan seafood kat tempat ni semuanya beragama Islam. Kebanyakan mereka berbangsa Bugis atau Bajau dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris asas dengan baik.
Mana taknya. Tiap hari tempat ni memang kerap dikunjungi pelancong asing so lama-kelamaan
seller kat sini terbiasa bercakap Inggeris dengan pelancong-pelancong yang datang.
Kebanyakan orang Malaysia yang datang makan kat sini adalah dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Kat sini ada lebih dari 10 gerai menjual hidangan seafood. Hanya perlu tengok, pilih dan tunggu hidangan selesai dimasak.
Kat sini hidangan seafood semua fresh-fresh belaka!