Hari ini (12 Disember 2017) hujan tidak berhenti turun dari awal pagi. Akibatnya, air dari jalan raya melimpah masuk ke ke kawasan jeti Jesselton Point macam yang korang nampak dalam gambar.
Dalam tahun 2017 inilah kali pertama jeti Jesselton Point kelihatan 'banjir' pada awal pagi seawal jam 6 pagi lagi. Pada malam sebelumnya (11 Disember 2017) hujan turun tanpa henti dari di bandaraya Kota Kinabalu dari jam 5 petang sehingga sekitar 11 malam. Hujan memang akan kerap turun pada hujung tahun begini.
Mujur tidak ada angin kencang dan ribut petir. Sekadar hujan. Selepas hujan reda, dah boleh naik bot untuk menikmati aktiviti percutian di pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu - Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik.
Foto oleh @chic_chic_ej dan @mylauraz