Inilah dia Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Satu-satunya masjid terapung di Sabah dan yang pertama seumpamanya di negeri bawah bayu ini.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terletak berhampiran pantai laut Teluk Likas. Pemandangan waktu pagi berhampiran kawasan masjid ni memang cantik disebabkan oleh kedudukannya yang bersebelahan Taman Awam Teluk Likas yang terletak di tepi laut.
Oleh kerana kedudukannya yang di tepi laut itulah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menerima tiupan angin lembut sepoi-sepoi bahasa terutama di waktu selepas Asar serta awal pagi sekitar jam 9 pagi. sungguh menengangkan apabila berada di sini.
Masjid ini merupakan destinasi wajib bagi pelancong-pelancong luar yang datang dari Korea Selatan dan China.
Foto oleh @kundasangtrip_bajet_tour_sabah