Tiada tajuk

percutian-ke-sabah-1-3-pekan-nabalu-gunung-kinablu-640x426

Pekan Nabalu terletak dalam perjalan dari pusat bandaraya Kota Kinabalu ke Kinabalu Park yang terletak di Kundasang. Pada awal pagi jika cuaca cerah, korang boleh nampak Gunung Kinabalu dari observation spot macam yang korang nampak dalam gambar ni.

Pekan Nabalu terletak lebih kurang dalam 30 minit atau 40 dari Tuaran bergantung kepada keadaan trafik. Kalau korang sampai kat Pekan Nabalu pada waktu awal pagi sekitar 7 pagi hingga 9 pagi korang boleh nampak view cantik macam dalam gambar.

Biasanya tour guide yang bawa ke Kinabalu Park akan singgah sekejap kat Pekan Nabalu ni untuk ajak menikmati pemandangan indah di sini. Kat sini pun dah mula sejuk walaupun belum sampai ke Kinabalu Park atau Pekan Kundasang. Kalau bercuti-cuti ke Kota Kinabalu, pastikan berkunjung ke Pekan Nabalu. 

Foto oleh @kundasangtrip_bajet_tour_sabah

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama