Ke Puncak Kinabalu

 


Abang kita ni dah sampai di puncak Gunung Kinabalu. Ni gambar dia berlatarbelakangkan South Peak iaitu puncak kedua tertinggi di atas Gunung Kinabalu selepas Low's Peak. Puncak ni lah yang ada dalam wang kertas RM1 Malaysia.



Yang ni pula gambar abang kita ngan kawan-kawan dia on the way turun ke Panalaban Base Camp setelah berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu. Masa ni matahari dah naik. Cantik pemandangan kat atas tu. Awan-awan putih macam kat bawah kaki saja.



Gambar yang ketiga ni pula adalah gambar ketika team abang kita ni baru sampai kat Panalaban Base Camp pada hari sebelumnya pada waktu petang. Dulu dikenali sebagai Laban Rata Base Camp. Tengok tu dah ada kabus tebal dah kat atas tu.



Gambar keempat ni adalah gambar ketika team abang kita ni on the way naik ke Panalaban Base Camp dari Timpohon Gate yang menjadi tempat pemula pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.


kredit: jrmeoujik

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama