Ke Pulau Manukan

 

kredit: borneo.beautiful

Camnilah rupanya apabila anda sampai ke jeti pulau Manukan di Kota Kinabalu (KK). Pulau ni terkenal sebagai destinasi percutian di kalangan pelancong tempatan juga di kalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu, Sabah, yang ke pulau Manukan kala hujung minggu juga kala cuti sekolah bersama anak-anak.

Nak ke pulau Manukan ni senang saja. Cuma ambik bot dari Jesselton Point dengan kadar tambang sekitar RM28-RM35 seorang untuk trip pergi dan balik. Perjalanan ke pulau Manukan hanya ambik masa 15 minit sahaja.


kredit: borneo.beautiful

Kat pulau Manukan ni ada banyak aktiviti boleh buat. Aktiviti paling utama adalah mandi laut, ofkos! Anda boleh berendam lama-lama dalam air laut di pulau Manukan selama mana anda mahu.

Selain tu anda boleh buat aktiviti snorkeling - tengok ikan-ikan dan berenang-renang di tepi pantai. Paling tidak pun boleh saja bersantai-santai di bawah pokok yang rimbun di tepi pantai.

Anda dah pernah ke pulau Manukan? Jom share pengalaman bercuti di pulau Manukan di ruang komen..

Tempat Menarik Di Sabah

Blog Tempat Menarik Di Sabah merupakan sebuah blog pelancongan memberi informasi terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang best untuk dilakukan ketika bercuti di Sabah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama