Pulau Mantanani ni agak jauh dari pusat bandaraya Kota Kinabalu kerana ia terletak dalam daerah Kota Belud. Pulau Mantanani mendapat nama jolokan "Maldives Of Sabah". Kecantikan pantainya boleh menandingi kecantikan pantai Pulau Mengalum yang juga mendapat nama jolokan "Maldives Of Sabah".
Anda ada pilihan sama ada nak bermalan di sini atau balik semula ke Kota Kinabalu pada waktu petang. Semuanya bergantung pada bajet anda sahaja. Percutian di Sabah seakan tidak lengkap kalau tidak ke Pulau Mantanani.
Dalam entri kali ini kami kongsikan gambar-gambar keindahan waktu senja di pantai Pulau Mantanani yang diambil oleh @happyfinsborneo. Tengok gambar pun dah rasa tenang semacam, apatah lagi kalau melihatnya di depan mata sendiri - pasti lebih syok dan lebih menenangkan!
Selamat ke Pulau Mantanani ni?
Ya. Cukup selamat. Ada anggota keselamatan berkawal di sekitar kawasan pulau. Anda boleh lihat mereka mundar-mandir di kawasan pulau kala rondaan di buat. Pulau Mantanani tak macam Pulau Mabul dan Pulau Sipadan kat Semporna yang terkenal gara-gara kes penculikan. Kat sini benar-benar selamat.